Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Belanjawan 2027 perlu impak nyata pada poket rakyat

Дата публикации: 21-10-2026 01:00:52


PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 bernilai RM510 bilion bukan sekadar terletak pada ‘saiz angka’ yang diumumkan, melainkan bagaimana angka tersebut menterjemahkan impak nyata kepada poket dan keharmonian hidup rakyat. Dalam pengurusan kewangan awam, kecekapan belanjawan boleh dilihat menerusi tiga tiang utama: Input, output, dan outcome. Input merujuk kepada modal wang ringgit yang diperuntukkan seperti angka RM510 bilion ... Read more
The post Belanjawan 2027 perlu impak nyata pada poket rakyat appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 bernilai RM510 bilion bukan sekadar terletak pada ‘saiz angka’ yang diumumkan, melainkan bagaimana angka tersebut menterjemahkan impak nyata kepada poket dan keharmonian hidup rakyat.

Dalam pengurusan kewangan awam, kecekapan belanjawan boleh dilihat menerusi tiga tiang utama: Input, output, dan outcome.

Input merujuk kepada modal wang ringgit yang diperuntukkan seperti angka RM510 bilion yang diumumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Output ialah sasaran fizikal yang berjaya disiapkan atau diagihkan, contohnya bilangan penerima bantuan, jumlah peserta latihan, atau bilangan projek yang selesai.

Outcome pula ialah ‘kemuncak’ yang paling dinantikan iaitu sejauh mana kehidupan rakyat benar-benar berubah menjadi lebih baik hasil daripada pelaksanaan program tersebut.

Langkah kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberikan kelegaan (input) serta-merta kepada jutaan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana (output).

Bagi melengkapkan formula kejayaan ini, nilai outcome yang ingin dicapai adalah untuk melihat bantuan tunai ini menjadi batu loncatan yang membebas dan melindungi isi rumah daripada kerentanan kewangan jangka panjang.

Melalui sinergi bimbingan pengurusan kewangan dan insentif peningkatan pendapatan, isi rumah bukan sahaja mampu membeli keperluan asas harian, malah berkeupayaan membina simpanan kecemasan keluarga yang lebih kukuh.

Pelaburan RM8 bilion untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta RM3 bilion melalui HRD Corp (input) membuktikan kesungguhan kerajaan mempersiapkan modal insan tempatan mendepani era kecerdasan buatan (AI) dan automasi.

Sasaran melatih tiga juta peserta (output) merupakan pencapaian fasa awal.

Seterusnya, ukuran outcome yang diimpikan rakyat dan industri adalah penterjemahan latihan tersebut kepada kadar kebolehpasaran yang tinggi, peluang pekerjaan berkualiti, serta peningkatan tangga gaji yang setimpal.

Pemadanan kemahiran yang tepat dengan keperluan industri masa depan sudah tentu akan membolehkan tenaga kerja tempatan memacu produktiviti negara ke aras baharu.

Begitu juga dalam sektor keusahawanan, penyediaan dana pembiayaan dan jaminan RM57 bilion (input) bagi perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) merupakan suntikan modal yang amat bermakna.

Kelulusan pembiayaan kepada ribuan peniaga tempatan (output) membuktikan keprihatinan kerajaan untuk merancakkan semula ekosistem perniagaan nasional.

Melangkah ke hadapan, outcome yang bakal menyerlahkan keberkesanan inisiatif ini ialah pertumbuhan skala perniagaan, peningkatan hasil jualan, serta penciptaan peluang pekerjaan baharu berskala besar.

Sokongan pembiayaan yang diiringi bimbingan pemasaran digital dan pengurusan risiko akan memastikan peniaga bukan sahaja bertahan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Langkah kerajaan menyasarkan pengurangan defisit fiskal kepada 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencerminkan disiplin pengurusan kewangan negara.

Disiplin ini sejajar dengan pelaksanaan belanjawan berasaskan hasil, di mana setiap ringgit perbelanjaan dinilai secara terancang dan berstruktur.

Apabila pencapaian input dan output berjaya diterjemahkan kepada outcome yang mampan, Belanjawan 2027 bukan sahaja mencapai matlamat angka di atas kertas, malah meninggalkan warisan kesejahteraan yang benar-benar dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. RASIDAH MOHD. RASHID
Dekan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan dan Felo Penyelidik Economic & Financial Policy Institute (ECoFI), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Harapan rakyat menjadi keutamaan019.4122-10-2026
2Apabila agama diperalat untuk mengkritik pembentangan Belanjawan 2027028.720-10-2026
3Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
4Wawasan persoal ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan PN025.4624-09-2026
5UMNO Pulau Pinang lebih utamakan kerjasama PH-DAP031.6124-09-2026
6Hadkan kemasukan baharu pekerja asing026.9421-10-2026
7Бюджет наполнился цифрами и налогами // Белый дом определил государственные доходы и расходы 2027 года012.7524-09-2026
8Силуанов: власти подготовили бюджет с дефицитом около двух процентов010.2421-09-2026
9Sindiran dan manipulasi siber si ‘pengecut’027.9221-10-2026
10Pemerintah Masih Rahasiakan Besaran Defisit APBN 2026, Makin Besar atau Kecil?010.9307-08-2026

Классификация: Экономика. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 27.5. Источник: www.utusan.com.my.