HARI dan Bulan Akademia yang disambut pada 5 Oktober setiap tahun bukan sekadar ruang untuk menghargai sumbangan pensyarah. Bahkan, sambutan ini juga menjadi kesempatan untuk meneliti semula makna sebenar menjadi seorang ahli akademik, khususnya dalam dunia universiti yang semakin dipengaruhi tuntutan prestasi dan pengukuran kuantitatif. Dalam persekitaran universiti hari ini, pencapaian ahli akademik sering dinilai ... Read more
The post Kembalikan makna sebenar akademia appeared first on Utusan Malaysia.
HARI dan Bulan Akademia yang disambut pada 5 Oktober setiap tahun bukan sekadar ruang untuk menghargai sumbangan pensyarah.
Bahkan, sambutan ini juga menjadi kesempatan untuk meneliti semula makna sebenar menjadi seorang ahli akademik, khususnya dalam dunia universiti yang semakin dipengaruhi tuntutan prestasi dan pengukuran kuantitatif.
Dalam persekitaran universiti hari ini, pencapaian ahli akademik sering dinilai berdasarkan jumlah penerbitan, sitasi, geran penyelidikan dan kedudukan universiti dalam penarafan antarabangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ukuran ini penting untuk meningkatkan mutu penyelidikan serta mengukuhkan reputasi institusi. Namun, masalah timbul apabila pencapaian akademik terlalu tertumpu pada angka sehingga universiti seolah-olah menjadi kilang penerbitan yang mengejar indeks dan memenuhi sasaran tahunan.
Di sebalik ukuran tersebut, terdapat nilai yang sukar dinilai secara angka, termasuk integriti ilmu, kebebasan berfikir, keberanian intelektual dan kejujuran akademik.
Ahli akademik bukan sekadar penghasil ilmu, malah penjaganya. Mereka perlu berani mempertahankan kebenaran berdasarkan bukti, walaupun pandangan itu tidak popular, serta bersedia mengakui kesilapan apabila ditemukan bukti yang lebih kukuh.
Tanggungjawab ini semakin penting dalam era pascakebenaran, apabila maklumat mudah tersebar tetapi kesahihannya sukar dipastikan.
Tradisi keilmuan Islam menekankan disiplin sanad sebagai kaedah menilai kesahihan periwayatan.
Kemunculan kecerdasan buatan (AI) turut membawa cabaran baharu. Teknologi ini membolehkan pelajar mendapatkan penjelasan konsep, meringkaskan bahan bacaan, menterjemahkan teks dan menjana idea dalam masa singkat.
Dalam keadaan ini, peranan pensyarah bukanlah bersaing dengan mesin untuk memberikan jawapan terpantas tetapi membimbing pelajar berfikir secara kritis, menilai bukti, mengenal pasti kecenderungan, membezakan fakta daripada manipulasi serta membuat pertimbangan beretika.
Justeru, budaya petunjuk prestasi utama (KPI) perlu dilaksanakan secara seimbang agar perkara yang mudah dihitung tidak mengatasi nilai yang lebih penting. Perbualan seorang pensyarah yang mengubah pandangan hidup mahasiswa atau keberanian membetulkan salah faham masyarakat mungkin tidak menghasilkan sitasi tinggi, tetapi kesannya boleh berpanjangan.
Dalam tradisi Islam, ilmu merupakan amanah yang berkait rapat dengan adab dan tanggungjawab.
Surah al-Mujadalah, ayat 11, menjelaskan Allah meninggikan darjat orang beriman dan mereka yang dikurniakan ilmu. Oleh itu, universiti tidak seharusnya terasing daripada masyarakat. Ilmu perlu melangkaui jurnal, persidangan dan bilik kuliah agar manfaatnya dapat dirasai dalam kehidupan sebenar.
Kerana itu, perhatian wajar diberikan bukan sahaja kepada jumlah penerbitan tetapi juga keupayaan ahli akademik menghidupkan pemikiran, membentuk manusia dan menyumbang kepada masyarakat.
Dalam zaman maklumat mudah diperoleh dan AI semakin canggih, nilai seorang ahli akademik terserlah melalui keupayaannya membimbing manusia berfikir dengan tepat, mempertahankan kebenaran serta menggunakan ilmu dengan beradab. –UTUSAN
DR. MUHAMMAD HAZIM MOHD. AZHAR
Universiti Malaya
| # | Наименование новости | Тональность | Информативность | Дата публикации |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Pendidikan membina jambatan persahabatan Malaysia-China | 0 | 22.4 | 22-10-2026 |
| 2 | Teruskan Matriks Pembelajaran bagi Tahun 5 | 0 | 24.49 | 22-10-2026 |
| 3 | Harapan rakyat menjadi keutamaan | 0 | 19.41 | 22-10-2026 |
| 4 | Apabila agama diperalat untuk mengkritik pembentangan Belanjawan 2027 | 0 | 28.7 | 20-10-2026 |
| 5 | Sindiran dan manipulasi siber si ‘pengecut’ | 0 | 27.92 | 21-10-2026 |
| 6 | Лекторий «300 лет Российской академии наук: от истоков до современных ... | 0 | 7.26 | 07-08-2026 |
| 7 | Duszpasterstwo Szkolne i Akademickie: Kreślić nowe mapy nadziei | 0 | 10.42 | 23-09-2026 |
| 8 | 2 октября в Инновационном хабе Казахского национального университета имени аль-Фараби ... | 0 | 12.82 | 21-09-2026 |
| 9 | KI und Akkreditierung | 0 | 12.5 | 22-09-2026 |
| 10 | Мишустин поздравил преподавателей и студентов РАНХиГС с Днем Академии | 0 | 0 | 20-09-2023 |